Wednesday, July 3, 2013

Benteng angin di Rozenburg

Rozenburg adalah sebuah bandar kecil di Holland. Benteng angin ini dibina pada tahun 80-an dan ia sepanjang 1.75 kilometer dan boleh menahan angin kencang sebanyak 75%. Benteng ini setinggi 25 meter dan selebar 18 meter pada bahagian terbesar. Hasil dari pembinaan benteng angin ini menjadikan bandar ini unik dan menjadi tarikan pelancong.

Balasan bagi Muslim yang tinggalkan solat


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?". Maka balas orang muda itu, "Ya Rasulullah! Ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Gambar lama penjenayah bernilai 2.3 juta dilelong


Gambar Billy Kid, seorang penjenayah yang paling popular era wild west ketika masih hidup telah dibeli oleh seorang pengumpul persendirian dengan harga USD2.3juta pada lelongan.

Gambar hitam dan putih abad ke-19 wild west dijual pada lelongan di Denver, Colorado, dan dipercayai telah dirakam pada tahun 1879 atau 1880 di Fort Sumner, New Mexico.

Harga tukul, yang termasuk bayaran penjual, adalah jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Rumah lelong menjangkakan harga potret ini tidak lebih daripada $400,000.

Cerita Lawak Jenama Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai oleh pelajar tersebut.

Gambar kejadian awan berlubang

Satu kejadian ciptaan Allah SWT yang luar biasa. Fenomena ini pula dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles.

Apabila sedikit partikel air membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan circumlocutions atau alto cumulus.


Kanak kanak genius beli 3 buah Ferrari dengan bina aplikasi Android


Kepintaran seorang budak lelaki berusia 12 tahun membolehkan dia menikmati kekayaan tidak diduga dan sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli tiga buah kereta Ferrari.

Sebelum itu, budak terbabit hanya dikenali sebagai Callum berjaya mencipta satu aplikasi dan dijual kepada Google pada harga AS$13 juta (RM 41 juta).

Aplikasi itu diciptanya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Kata Callum, tiga kenderaan mewah yang dibelinya ialah Ferrari 458 Italia, 599 GTO dan 335 yang pernah terbabit dalam satu daripada film James Bond. Kereta yang pernah digunakan dalam filem James Bond itu sangat unik dan saya sangat menyukainya, katanya dalam satu kenyataan media.

Namun, di sebalik pemilikan kereta itu, Callum masih terpaksa bergantung kepada bapanya untuk menjadi pemandu. - Agensi.

Facebook perkenal video guna Instagram

Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine.

Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit.

Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambah kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain.

Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi klip video selama enam saat.

Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20 juta apabila Facebook membawa masuk syarikat itu lebih setahun lalu.